Kriteria
Soalan KBAT/HOTS
1 Melibatkan
taksonomi kognitif aras 3 :
Mengaplikasi
(Menggunakan
bahan/idea/strategi/konsep/prinsip/teori dalam situasi baharu)
Kata kerja proses:
- Menghitung, mengira, merekod, menunjuk cara, mengubah suai,
menjana idea, membangunkan, menjalankan, menyumbang, menggunakan, mengitlak,
menjelaskan dengan contoh, menganggar, membina, menyelesaikan, memanipulasi,
mengajar, membuat urutan, mempraktikkan, membezakan
2 Melibatkan taksonomi kognitif aras 4:
Menganalisis
(Mengasingkan
maklumat kepada komponen –komponennya untuk memahami dan
membuat
perhubungan antara komponen)
Kata kerja proses:
- Mencerakinkan, memilih, mencirikan, menaakul, membezakan,
mengasingkan, membuat andaian, menyelesaikan masalah, membuat urutan, membuat
kesimpulan, mengawal pemboleh ubah, menggunakan perhubungan ruang dan masa,
menyusun mengikut keutamaan, menjelaskan melalui contoh, membuat kajian,
menterjemahkan, mengeksperimen, menghitung
3 Melibatkan taksonomi kognitif aras 5:
Menilai
(Mewajarkan
keputusan atau tindakan yang telah diambil atau pun menilai idea/bahan/
maklumat/
kaedah berdasarkan kriteria yang spesifik)
Kata kerja proses:
- Mentaksir, mengkritik, mentafsir, menyokong, merumuskan,
mempertahankan, mewajarkan menguji, mengesan kecondongan, membuat keputusan,
membahas
4 Melibatkan taksonomi kognitif aras 6:
Mereka
cipta (Menggabungkan
idea/komponen dengan menggunakan pemikiran yang kreatif
untuk
menghasilkan idea/struktur baharu)
Kata kerja proses:
- Menggabungkan, merancang, meringkaskan, membina,
merangkakan, mereka bentuk, mencipta, mengkonsepsikan, menganalogikan, membuat
gambaran mental, berkomunikasi, mengeksperimen, membuat hipotesis,
mendefinisikan secara operasi, menambah baik
Belajar
melalui penemuan melalui aktiviti ‘hands-on’ (Eksperimen)
Penyiasatan
saintifik memerlukan KBAT
Melibatkan
membuat inferens, mewajarkan, menganalisa, mengaplikasi, menyelesaikan
masalah, menilai, mencipta, meramal
Sila rujuk laman
web yang berikut untuk mendapat maklumat lanjut tentang KBAT/HOTS:
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=297&lang=ms
https://sites.google.com/site/sjkcjeramithink/konsep-i-think-1/hots/taksonomi-objektif-pendidikan-dan-contoh-kata-soal