Sunday, August 31, 2014

Kriteria Soalan KBAT/HOTS (Bloom's Revised Taxonomy)

 Kriteria Soalan KBAT/HOTS

1 Melibatkan taksonomi kognitif aras 3 :
Mengaplikasi (Menggunakan bahan/idea/strategi/konsep/prinsip/teori dalam situasi baharu)

Kata kerja proses:
- Menghitung, mengira, merekod, menunjuk cara, mengubah suai, menjana idea, membangunkan, menjalankan, menyumbang, menggunakan, mengitlak, menjelaskan dengan contoh, menganggar, membina, menyelesaikan, memanipulasi, mengajar, membuat urutan, mempraktikkan, membezakan

2 Melibatkan taksonomi kognitif aras 4:
Menganalisis (Mengasingkan maklumat kepada komponen –komponennya untuk memahami dan
membuat perhubungan antara komponen)

Kata kerja proses:
- Mencerakinkan, memilih, mencirikan, menaakul, membezakan, mengasingkan, membuat andaian, menyelesaikan masalah, membuat urutan, membuat kesimpulan, mengawal pemboleh ubah, menggunakan perhubungan ruang dan masa, menyusun mengikut keutamaan, menjelaskan melalui contoh, membuat kajian, menterjemahkan, mengeksperimen, menghitung

3 Melibatkan taksonomi kognitif aras 5:
Menilai (Mewajarkan keputusan atau tindakan yang telah diambil atau pun menilai idea/bahan/
maklumat/ kaedah berdasarkan kriteria yang spesifik)

Kata kerja proses:
- Mentaksir, mengkritik, mentafsir, menyokong, merumuskan, mempertahankan, mewajarkan menguji, mengesan kecondongan, membuat keputusan, membahas

4 Melibatkan taksonomi kognitif aras 6:
Mereka cipta (Menggabungkan idea/komponen dengan menggunakan pemikiran yang kreatif
untuk menghasilkan idea/struktur baharu)

Kata kerja proses:
- Menggabungkan, merancang, meringkaskan, membina, merangkakan, mereka bentuk, mencipta, mengkonsepsikan, menganalogikan, membuat gambaran mental, berkomunikasi, mengeksperimen, membuat hipotesis, mendefinisikan secara operasi, menambah baik

Belajar melalui penemuan melalui aktiviti ‘hands-on’ (Eksperimen)
Penyiasatan saintifik memerlukan KBAT
Melibatkan membuat inferens, mewajarkan, menganalisa, mengaplikasi, menyelesaikan
 masalah, menilai, mencipta, meramal

Sila rujuk laman web yang berikut untuk mendapat maklumat lanjut tentang KBAT/HOTS:

http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=297&lang=ms

https://sites.google.com/site/sjkcjeramithink/konsep-i-think-1/hots/taksonomi-objektif-pendidikan-dan-contoh-kata-soal

No comments:

Post a Comment